MERAIHKAN KEMENANGAN emas dan perak pasukan bola tampar lelaki dan wanita Kumpulan Yayasan Sabah Wilayah Kota Kinabalu |
Pengurus pasukan bola tampar lelaki Kumpulan Yayasan Sabah Wilayah Kota Kinabalu, Encik Abidin Mohd. Alam berkata, para pemain menonjolkan aksi terbaik mereka sepanjang kejohanan ini apabila memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir.
“Saya berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemain dalam usaha merampas kejuaraan pada kali ini yang juga banyak didorong oleh kesungguhan juru latih yang berpengalaman iaitu Encik Mohd. Idris Mohd. Shafi,” ujar beliau.
Idris (tengah) juru latih pasukan bola tampar lelaki dan wanita Kumpulan Yayasan Sabah Wilayah Kota Kinabalu. |
Dalam kejohanan pada kali ini pasukan bola tampar lelaki membenam cabaran pasukan bola tampar Tawau pada penentuan juara kumpulan seterusnya menjadi juara keseluruhan dalam perlawanan yang sengit sehingga membawa ke set penentuan.
Sementara itu pasukan wanita juga tidak kurang hebatnya selepas berhempas pulas menentang cabaran pasukan Tawau dan akhirnya tunduk di set penentuan dan mendapat tempat ke dua dalam kejohanan tersebut.
Antara aksi perlawanan yang sempat dirakam |
Juru latih pasukan Kumpulan Yayasan Sabah Wilayah Kota Kinabalu En. Idris Mohd. Shafi berkata, kejayaan pasukan ini bukan sahaja didorong oleh latihan dan disiplin yang konsisten dalam pasukan tapi semangat berpasukan dan kepercayaan antara pemain juga merupakan kunci utama kemenangan pada kali ini.
Sumber