22HB. JUN 2014
KUDAT: Festival Kudat 2014 menjadi satu lagi ikon atau produk pelancongan terbaharu bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Sabah, khususnya daerah Kudat.
Selain menggantikan Pesta Kelapa yang disambut setiap tahun di daerah itu, festival ini memberi nilai tambah baharu terhadap pengisian program pelancongan sekali gus menjana kemajuan sektor berkenaan di Kudat.
Musa |
Pada majlis perasmian Festival Kudat 2014 di Dataran Esplanade Sidek tersebut, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman berkata aspek kepelbagaian kaum dan tradisi suku masyarakat di daerah Kudat mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke Kudat.
Oleh itu, kemudahan dari segi penginapan hotel dan
restoran makanan laut perlu ditambah atau dinaik taraf bagi memenuhi peningkatan ketibaan
pelancong," katanya.
Penganjuran The Sunset Music Fest at the Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau petang semalam juga merupakan produk pelancongan yang sudah dikenali ramai selain Festival Kudat.
Majlis Perasmian Karnival Kudat 2014 di Dataran Esplanade Sidek |
Pertandingan Perahu Naga |
Suterabayu Kudat