Ahad, 10 November 2013

Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Direman


PETALING JAYA:  Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.

Suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan berseluar jeans

Jumaat, 8 November 2013

ADUN Matunggong letak jawatan dalam PKR



Naib Pengerusi PKR Sabah, Jelani Hamdan telah meletak jawatan  atas alasan beliau tidak dapat bekerjasama dengan ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin.

Bagaimanapun, Jelani tidak keluar parti, sekurang-kurangnya buat masa ini. Jelani adalah ADUN Mantunggong.

Ini merupakan tamparan kedua kepada PKR Sabah selepas ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad @ Malazad keluar parti itu pada hari Isnin dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini, Jelani berkata beliau memohon menyertai parti itu pada 2010 tetapi permohonannya tidak diterima secara rasmi, tetapi beliau telah dilantik sebagai naib pengerusi PKR Sabah dua bulan lalu.

Jelani , seorang peguam , memberitahu pemberita bahawa selain Lajim, beliau juga tidak dapat bekerjasama dengan pemimpin PKR di peringkat nasional.

Katanya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubunginya secara peribadi dan memintanya supaya menghormati Lajim kerana dia seorang pemimpin senior.

Tetapi, katanya, beliau bertanya kepada Anwar apa yang dimaksudkannya Lajim seorang pemimpin senior, sedangkan Lajim hanya menyertai PKR dua hari selepas menang kerusi negeri dalam pilihan raya umum (PRU13) lalu.

Ke mana arah haluan Jelani selepas ini?

Jelani adalah ahli Umno dalam tahun 1990-an dan kemudian menjadi ketua Umno cawangan. Beliau juga adalah presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah ( Samora ) sejak tahun 2000.

Katanya, beliau memohon untuk menyertai PKR pada 7 Julai 2010 kerana beliau kagum dengan Buku Jingga yang merupakan dokumen polisi bersama Pakatan Rakyat, dan Deklarasi Kuching gabungan itu, yang menjanjikan autonomi bagi Sabah.

Walaupun beliau bertanding di bawah tiket PKR dalam PRU13, Jelani berkata beliau tidak pasti sama ada beliau mahu meneruskan kerjaya politiknya dengan PKR atas alasan parti itu telah meminggirkan masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus .

"Pada ketika ini, saya tidak tahu jika saya ahli PKR atau tidak kerana saya tidak mempunyai surat rasmi daripada HQ, " kata Jelani kepada pemberita. "Saya tidak menganggap diri saya seorang ahli, saya tidak mempunyai kad keahlian atau nombor ahli. Adakah anda fikir saya ahli?"

Jelani, 47, berkata beliau telah menghabiskan hampir 20 tahun dalam politik, dan menambah beliau dan penyokongnya mungkin membentuk parti mereka sendiri.



Selasa, 5 November 2013

ADUN Kadamaian di Sabah tinggalkan PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata perkara itu berkuatkuasa hari ini.

    
Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata demikian dalam sidang media, di Kuala Belud.
    
Menurutnya keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.    
    
"Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," katanya.

Jeremmy berkata kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.  
    
"Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam
menyelesaikan isu berbangkit, katanya. 

Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, Jeremmy berkata beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN.
    
Dalam pilihan raya umum lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi berbanding penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang menerima 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru. 

- Bernama

Isnin, 28 Oktober 2013

Pembunuh Kejam AmBank Beruniform Syarikat 'Kawalan Prima' Lengkap Bersenjata



Suspek pembunuhan kejam lengkap bersenjata dan memakai uniform yang tertera nama syarikat yaitu 'Kawalan Prima', dengan itu pastikan syarikat 'Kawalan Prima' dibungkus berkuatkuasa serta merta sebagai pengajaran kepada syarikat lain, hukuman yang setimpal kepada pemilik syarikat juga perlu ditimbang.

Kalau syarikat ini syarikat bumiputra, harus diingat! yang jadi mangsa dan yang menderita juga adalah bumiputra, nyawa insan jauh lebih berharga dari syarikat cacar marba seperti itu, pembunuh yang celaka ni pun pastikan sebelum mampus dihempas sedasyat-dasyatnya.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, InsyaAllah keluarga arwah akan mendapat keadilan moga tabah menghadapi ujian. Anda Mampu Mengubahnya.





Rabu, 23 Oktober 2013

Brunei Laksana Hukum Hudud


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara Brunei, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di Bandar Seri Begawan pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
“Dengan rahmat Allah, mudah-mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
“Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam,” katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Borneo Native Liberation (BONALI) saman Kerajaan Malaysia?


KOTA KINABALU: 9 Julai 2013 Proteam - Borneo Native Liberation ( BONALI ) menghantar saman terhadap kerajaan Malaysia melalui mahkamah tinggi Borneo Sabah dan sarawak -Tan Sri Datuk Panglima Richard Malanjun di hadapan saksi Encik Azhahari Kamal Bin Ramli di Mahkamah Kota Kinabalu jam 9:o6 pagi.Kes diambil oleh peguambela,peguamcara dan penasihat peguam pendakwa Mr Marcel Jude Joseph.

Saman dibuat ANTARA:

1: Encik James Bin Ait- Presiden Soscity Of Tambanuo ( SOSTAM ) di lantik Presden Gabungan ( B0NALI )

2: Encik Maslan Bin Maginda- Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur ( POAMAT ) di lantik Setiausaha Gabungan ( BONALI )

3: Datuk Patrick Sindu – Presiden Consultancy & Service,aktivis dan penasihat ( BONALI ).

4: Encik Mandek Bin Yadam – Bendahari ( SOSTAM ) dan Bendahari Gabungan ( BONALI ).

5: Encik Liverius Suping – AJK ( BONALI )

6: Encik Tuboh@Sahanip Bin Rangkap – AJK ( BONALI )

7: Encik Pengiran Bin Ukab – AJK ( BONALI )

DENGAN: Kerajaan Malaysia,Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.

AGENDA SAMAN.

MENGKAJI SEMULA PERJANJIAN MALAYSIA.

Nota: Matlamat pendakwaan "supaya sabah dan sarawak boleh memerintah sendiri seperti Brunei dan Singapura".

Harapan Sabah dan Sarawak kini di tangan 7 WIRA BORNEO.Rakyat sabah dan sarawak harus menerima penghormatan sebagai pemilik kekayaan di tempat sendiri.


*copy paste 1 Suara Sabah

Selasa, 8 Oktober 2013

"Dimelayukan": Mufti Sabah diheret ke mahkamah adat


Pemimpin Kadazan, melalui Persatuan Kadazan Sabah (KSS) memfailkan saman malu terhadap Mufti Bungsu Aziz Jafaar atas kerana didakwa menyifatkan kaum itu sebagai "bangsa yang dicipta".

Saman malu itu difailkan oleh Timbalan Presiden KSS Sylvester Disimondi mahkamah daerah Penampang semalam selepas kenyataan Bungsu itu menimbulkan kemarahan mereka, lapor The Star.

"Perasaan dan maruah kami terguris dan tidak boleh diubati jika tidak diselesaikan di mahkamah adat.

"Mufti Bungsu oleh itu diperlukan menganjurkan perdamaian kepada masyarakat Kadazan selaras dengan undang-undang adat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita.

Bungsu diwajibkan hadir di mahkamah adat itu dalam tempoh 21 hari selepas saman difailkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Bungsu, berketurunan Brunei-Suluk, belum dilapor memberikan sebarang penjelasan berhubung kenyataannya itu.

Bungsu pada 28 Oktober lepas dilapor berkata, untuk penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu 'dimelayukan' sebagai satu rumpun Melayu, seperti di semenanjung.

Abim: Jangan emosianal
Sementara itu, di sebalik kritikan terhadapnya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah hari ini tampil menyeru cadangan Bungsu ditangani dengan matang dan tidak emosional.

Dalam kenyataan bersamanya dengan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Sabah, NGO itu bimbang melihat fenomena kritikan dikeluarkan semata-mata bersandarkan sumber kedua dan ketiga.

"Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta mauduk pandangan ini diutarakan," kata Yang Dipertua Abim Sabah Dr Abdullah Bade dan Pengerusi WADAH Sabah Abdul Manap Mahmud.

Malah, menurut mereka, pandangan Bungsu itu bersifat peribadi dan tidak menjadi fatwa yang wajib dilaksanakan.

Menyentuh isu itu, mereka bagaimanapun berpandangan, kurang wajar memaksakan pemakaian Melayu kepada suku-suku di Sabah yang mempunyai kebudayaan tersendiri sejak turun temurun.




SUMBER