Isnin, 16 Disember 2013

Mesir Dilanda Salji Selepas 112 Tahun


Subhanallah, bumi mesir dan negara timur tengah yang lain telah dilanda salji yang agak dasyat pada kali ini. Mesir kali terakhir menerima salji adalah pada 112 tahun dahulu. Pastinya agak janggal melihat binaan agung piramid di Mesir dilitupi salji keseluruhanya. Maha Suci Allah.

Mungkin juga salah satu petanda dunia akhir zaman berdasarkan hadis - Dan telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapanya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai." (HR Muslim 1681) Apabila salji sudah turun dan cahaya matahari menghangatkan udara maka ais akan cari dan aliran air akan berlaku dan terjadinya sungai dan sungai itu dalah salah satu tanda kiamat. Setelah terjadi sungai-sungat tanah akan menjadi suber dan mula ditumbuhi tanaman. 

 Antara sebahagian dari kiamat :

• Ayat Al quran akan hilang• Kaabah akan menjadi timbunan tanah• Sangka kala akan ditiup 2kali• Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak" Renung-renungkan dan selamat berfikir. Wallahualam





Khamis, 12 Disember 2013

Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah 2013

WARGA KRT PERLU TINGKATKAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

KOTA KINABALU:  Amalan dan penghayatan tentang prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan warga KRT boleh dijadikan ikutan dalam mengukuhkan perpaduan dan hubungan kaum di negara ini, kata Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa merasmikan Minggu Perpaduan 2013 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.


Katanya, selaku pemimpin di peringkat Kawasan Rukun Tetangga mereka seharusnya dapat menujukkan contoh dan sentiasa menjadi ''role model'' kepada masyarakat setempat.



Kurup berkata, jika prinsip ini diamalkan dengan baik oleh semua lapisan masyarakat dan dalam masa yang sama disulami dengan penghayatan Rukun Negara maka sudah tentu ia akan mendatangkan hasil yang terbaik kepada rakyat dan masyarakat.


Nilai-nilai kehidupan dan kepimpinan wajar dijadikan panduan kepada kehidupan kita seharian. Perkara yang baik harus diamalkan supaya nilai diri kita dan negara akan sentiasa meningkat.

Sebagai pemimpin sepatutnya kita menjadi pelaksana dan pengamal prinsip-prinsip Rukun Negara dan bukanya melanggar prinsip-prinsip itu, ujarnya.


Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan Anugerah Apresiasi Khas kepada 28 individu yang berkhidmat lebih dari 15 tahun dalam KRT, Anugerah KRT Teraktif Daerah, Anugerah Pertandingan Menghias KRT sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2013 dan Sijil Penghargaan kepada agensi yang banyak membantu jabatan dalam menjayakan program sepanjang 2013.


Mediator

Ahad, 1 Disember 2013

Majlis Jalinan Ramah Mesra JPNIN Sabah bersama Mediator Komuniti Sabah

Delin Liet Ak Blaun ketika menyampaikan ucapan
Kota Kinabalu - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah  telah mengadakan satu Majlis Jalinan Ramah Mesra bersama Pengarah JPNIN Sabah bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk beramah mesra dan berkenalan bersama Pengarah JPNIN Sabah yang baru ditugaskan di negeri Sabah bersama Mediator Komuniti Sabah disamping memberi semangat dan galakan serta dorongan kepada para Mediator yang telah ditauliahkan supaya terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.

Pengarahnya,  Puan Delin Liet Ak Blaun berkata semua Mediator Komuniti itu adalah sukarelawan tanpa mendapat sebarang bayaran ke atas kerja-kerja mereka.

Katanya, selain menyelesaikan konflik yang wujud, Mediator juga berperanan untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri dan persekutuan  di peringkat akar umbi .



Turut hadir pada majlis tersebut, Penolong Pengarah Bahagaian Pengurusan Perpaduan, Ibupejabat JPNIN Putrajaya, En. Roslan Seman, Timbalan Pengarah JPNIN Sabah Puan Esther Dingkawan, Mediator, pegawai dan kakitangan jabatan serta AJK rukun tetangga.

Menyentuh perkembangan KRT, beliau turut menyarankan setiap KRT dapat menganjurkan seberapa banyak aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.

Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, katanya.