Ahad, 26 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kudat 1435/2014M


KUDAT:  Kira-kira 5,000 umat Islam menghadiri perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kudat yang diadakan di Dewan Tun Mustapha yang ketuai oleh Yang Berhormat Datuk Abd. Mijul Haji Unaini Adun N1 Banggi merangkap Pengerusi Ko-Nelayan Sabah bersama En. Awang Bin Ibrahim Ketua USIA Kudat dan En. Abd. Gapar Hj. Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjur serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Perarakan bermula pada jam 7 pagi dari Pusat Sukan Kudat menuju ke Dewan Tun Mustapha sejauh 2 km itu turut disertai oleh kontinjen yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mukim dan sekolah yang bersama-sama bagi mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada setiap 12 Rabiulawal tahun Hijrah.


KUKUHKAN PERPADUAN...Mijul
Berucap pada majlis tersebut, Yang Berhormat Datuk Abd. Mijul Haji Unaini menyeruh umat Islam terus mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Semoga ingatan kita kepada Rasulullah adalah pada setiap masa. Sanjungi kehebatan Nabi Muhammad SAW dan terapkan segala kekuatannya di dalam diri kita semua dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dan umat Islamnya sentiasa dipandang tinggi, katanya.

Selain itu beliau turut sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk, perarakan dan perbarisan. 


 Sambutan pada kali ini juga turut diwarnai dengan Festival Kesenian Islam, pertandingan Marhaban, Berzanji dan kompang serta Nasyid.



'' WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ''



Isnin, 13 Januari 2014

Bahaya Kangkung

Kangkung Tumis dan lain-lain yang berkaitan dengan KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan dan iktibar bagi kita semua ketika kita hendak makan KANGKUNG.

Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua Doktor kebingungan karena ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita. Sudah berbagai macam obat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun tidak juga sembuh.

Kemudian Bapa anak tersebut ditanya oleh Doktor, "makanan apa yang dimakan oleh si anak dalam dua hari lalu? "Orang tuanya kebingungan dan tidak tahu, anaknya tidak mau makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita sakit perut, anaknya ada memakan Kangkung Tumis di Rstoran bersama keluarganya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak LINTAH dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa semula, ternyata Lintah itu berada didalam batang kangkung itu sebelumnya. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak adalah BATANGNYA.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan MATI jika DI BAKAR.

Di dalam usus anak kecil tadi, lintah hanya memerlukan waktu 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada keluarga atau teman yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati. Dan disarankan bila anda memasak kangkung harap belah batangnya terlebih dahulu.

Kami menyarankan bila anda memasak kangkung, Harap belah batangnya dan bersihkan dengan air hingga bersih.



Khamis, 9 Januari 2014

Mediator Komuniti MK penyelesai masalah dan konflik komuniti setempat

21/9/2013


KOTA KINABALU:  Penubuhan pasukan Mediator Komuniti MK merupakan satu usaha JPNIN untuk memelihara keharmonian negara. MK memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah atau konflik antara pihak yang bertelagah, memulihkan hubungan antara mereka serta membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak-pihak berkenaan. MK dapat mengisi dan memainkan peranan ini yang dikenal pasti sangat diperlukan oleh masyarakat kini.


Ikrar Mediator Komuniti MK

Berucap dalam majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, mediasi amat sesuai digunakan sebagai intervensi jika berlaku insiden yang tidak diingini dalam masyarakat seperti pertelingkahan dan perselisihan faham.

Dalam sidang medianya, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Perpaduan amat mengalu-alukan usaha murni ini dan berharap MK dapat bergerak secara aktif  dan menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan efisien, teratur dan berkesan.


Siap sedia berkhidmat untuk masyarakat
Dalam majlis itu, seramai 38-orang terdiri Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga, Ahli Persatuan dan Pegawai-pegawai JPNIN, menerima Watikah Pelantikan MK bagi Zon Sabah dan Labuan yang telah menamatkan latihan 20 Langkah Mediasi sepanjang tahun 2012.


SUTERABAYU




Aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak hanya boleh ditentukan oleh pemimpin mereka sendiri

Isu-isu sentitif di Malaysia Timur perlu diselesaikan, tetapi ia tetap terbiar sehingga hari ini. Oleh itu hanya rakyat di kedua-dua buah negeri itu sahaja yang boleh melakukan perubahan untuk kebaikan mereka sebagai rakyat negeri yang menjadi ahli kepada Persekutuan Malaysia itu. 

Sabah dan Sarawak masih merasakan yang kedua-dua buah negeri itu masih belum begitu terletak ditempat yang sepatutnya sebagai keluarga Persekutuan negara kita ini.

Rakyat di Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan yang lebih kuat dari mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia kerana mereka di Sabah dan Sarawak itu merupakan penyelamat kepada BN dalam pilihanraya yang lalu dan pilihanraya sebelumnya. 

Rakyat Sabah berkemampuan untuk membetulkan keadaan negara, bukan sahaja untuk mereka sendiri tetapi untuk kebaikan rakyat seluruh Malaysia yang termasuk Semenanjung Malaysia itu sendiri.

Rakyat Sabah boleh menyatakan perasaan dan pendirian mereka melalui wakil-wakil rakyat mereka di Dewan Parlimen dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan pembelaan itu. Dalam demokrasi adalah wajar bagi wakil-wakil rakyat mereka melakukan apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka sendiri.

Kini tidak boleh lagi bermain politik partisan untuk melakukan perubahan kerana pemimpin-pemimpin setiap parti samada dalam BN atau pembangkang mempunyai kelemahan yang begitu nyata dan belum mempunyai semua keperluan untuk melayakkan mereka mengetuai perubahan yang sangat-sangat diperlukan untuk kita.

Bagi pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak mereka wajar memperkuatkan azam mereka untuk meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya dalam negara ini bagi mencapai keadilan yang abadi dan tidak lagi diungkit oleh mana-mana pihak selepas kita mewarisi negara ini kepada generasi yang akan datang.

Negara kita bukan setakat memperjuangkan kadar tol diturunkan, atau harga minyak dikurangkan atau menghapuskan PTPTN dan sebagainya. Negara memerlukan lebih dari itu iaitu untuk merombak kembali segala-gala keperluan untuk menempuh dan mencapai ketahap negara yang baru yang lebih stabil dengan ‘ambience’ yang baru.

Kita bukan setakat untuk melihat Hard Rock Cafe tidak beroperasi di Putrajaya atau untuk membuat fatwa baru untuk kepentingan setengah pihak. Yang lebih penting dari itu ialah untuk melihat kesatuan rakyat di antara kaum benar-benar terjalin dan bukannya setakat berkempen mengelirukan rakyat semata-mata seperti yang dilakukan oleh setengah pihak.

Kita tidak mahu lagi terjebak dengan dikelirukan oleh parti pembangkang yang meletakkan ‘laurel’ nya kepada seorang Ahli Legislatif Persekutuan Melayu untuk dijadikan dan diterima sebagai sebuah parti berbilang kaum. 

Rakyat  di Malaysia Timur sudah hidup dalam kesatuan yang sebenarnya sejak berkurun dahulu tanpa ada masalah perhubungan di antara kaum dan agama yang bertentangan. Mereka bersatu dan jika nak disebut juga slogan 1Malaysia sebenarnya ia telah terlaksana dengan begitu lama di Malaysia Timur.

Hanya mereka belum bersatu untuk menentukan untung nasib mereka sebagai sebuah ahli kepada Persekutuan ini. Mereka sedang diancam dengan masalah isu nama Allah di Semenanjung, kerana isu itu mungkin suatu hari nanti akan sampai anginnya ke Malaysia Timur.

Jika mereka mahukan keadilan maka pimpinan parti khususnya dikalangan Ahli-Ahli Legislatif Persekutuan dari Malaysia Timur perlu akur kepada kehendak semasa dan lakukan perubahan dengan berani dan tegas, tanpa memikirkan masalah peribadi yang berkait dengan kewangan dan harta benda.

Keadaan dan sentimen rakyat Sabah dan Sarawak nampak jelas tidak sihat dan akan pada bila-bila masa akan terkopek dan punah ranah. Sebagai sebuah negara Persekutuan kerajaan negeri masing-masing adalah negeri-negeri yang berdaulat dan adalah tidak wajar negeri-negeri ditekan dan ditentukan segala-galanya untuk mereka oleh pimpinan Persekutuan.

Kita perlu ingat yang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak itu adalah negeri-negeri yang berdaulat kerana seperti juga negeri-negeri lain dalam Malaysia kedua-dua negeri ini mempunyai legislatif mereka sendiri. Malahan kedaulatan Persekutuan itu seperti yang disebut oleh blog ini acapkali datangnya dari kedaulatan negeri-negeri yang bernaung dibawahnya.

Dalam keadaan krisis keyakinan kepimpinan pada hari ini pimpinan siasah di kedua-dua buah negeri perlu memainkan peranan untuk bersama-sama melakukan perubahan sekarang ini. Kita tidak boleh alpa lagi kerana ini negara kita, bukannya negara orang lain. Adalah wajar bagi pimpinan semua parti di seluruh negara lebih-lebih lagi dari Sabah dan Sarawak menjadi pendahulu dan peneraju kearah mencapai matlamat perubahan yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh rakyat sekarang ini.

Lakukan tindakan yang ‘unorthodox’ sekali dan dapatkan semua kehendak rakyat yang inginkan perubahan yang sejati yang dinanti-nantikan ini. 


Felixia Yeap Ikhlas Berhijab Bukan Untuk Raih Publisiti


Kalau dulu tak semua orang mengenalinya, tetapi kini dia seolah-olah mencetus kontroversi positif. Daripada model seksi yang beraksi dengan penuh ghairah untuk majalah “Playbox” Felixia Yeap mengejut semua pihak apabila kini dia lebih kerap tampil di media sosial dalam keadaan bertudung dan menutup aurat seperti seorang muslimah beragama Islam.
Namanya menjadi sebutan akibat dari perubahan mendadak itu biarpuan masih lagi belum memeluk Islam sepenuhnya. Malah Fexilia mengakui sedang belajar memahami agama Islam termasuk belajar cara untuk solat. Perubahan itu ternyata menjadi kontroversi yang hangat di media sosial terutamanya di Facebook, Blog, Instagram dan lain-lain.
“Memang ramai yang mengatakan bahawa ini semua cara saya meraih publisiti. Tetapi biarlah Tuhan dan masa yang membuktikan bahawa saya ikhlas untuk berhijab.
“Semua publisiti yang timbul sama ada baik atau buruk hanyalah bonus yang tidak pernah saya duga sama sekali dan berharap mereka tidak memandang serong terhadap perubahan ini.
“Malah ramai yang menghantar mesej dan e-mel kepada saya berterima kasih kerana berani untuk berubah dan berhijab secara terbuka walaupun saya bukan Muslim.
“Mereka kata perubahan saya memberi inspirasi untuk mereka mulai berhijab, terutamanya yang lahirnya sudah Islam,” kata Felixia yang aktif di facebook dan blog.
Namun begitu, Felixia mengakui pada awal perubahan imej muslimah itu, pengikutnya di Facebook jatuh merudum kerana ramai yang dahulunya mengikui perkembangan Fexilia hanya untuk melihat gambar seksinya semata-mata namun lama kelamaan pengikut yang menyokong perubahannya semakin meningkat dan menasihatinya untuk teruskan penghijrahan itu.
“Saya amat tersentuh dan gembira sokongan tersebut. Mereka juga telah menyedarkan saya bahawa bahawa setiap wanita berhak dihormati dan disayangi sebagai seorang insan, bukan kerana tubuh badan atau rupa parasnya,” ujar Felixia.
  

Selasa, 7 Januari 2014

Kenaikan gaji 6 pratus munasabah

70% rakyat di Malaysia alami tekanan
Kenaikan gaji minimum enam peratus setahun adalah munasabah bagi membantu pekerja menangani beban kos sara hidup yang tinggi di Malaysia pada masa ini. 

Rakan Pengurusan KPMG Malaysia baharu dilantik, Johan Idris, berkata enam peratus adalah permulaan baik terutama selepas (mengambil kira) faktor seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baru tol. 


“Kenaikan gaji pekerja sebanyak enam peratus itu adalah munasabah selepas mengambil kira anggaran kenaikan kadar inflasi yang akan ditolak oleh faktor kenaikan harga,” katanya. 


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan laporan ‘Kaji Selidik Pengarah Bukan Eksekutif 2013 Profil dan Gaji’ yang dijalankan bersama KPMG dan Institut Jawatankuasa Audit Malaysia (ACI) di Kuala Lumpur, semalam. 

Hadir sama Rakan Kongsi KPMG Malaysia, Peter Ho, Lee Min On dan Mohd Khaidzir Shahari. 

Mengenai pelaksanaan GST, Johan berpendapat ia tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun. 

Ganjaran purata 
Sementara itu, kaji selidik KPMG Malaysia ACI mendedahkan ganjaran purata untuk pengarah bukan eksekutif (NED) di 300 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan permodalan pasaran, meningkat 37 peratus kepada RM122,000 setahun setakat 30 Jun 2013 daripada RM89,000 setahun pada 2009. 

Johan berkata, syarikat di tangga ke 201 hingga 300 menunjukkan peningkatan terbesar, dengan ganjaran NED meningkat sekali ganda kepada RM65,000 setahun daripada RM32,000 setahun. 

“Bagaimanapun, hasil kaji selidik itu tidak harus dilihat atau dibincangkan tanpa mengambil kira pelbagai perubahan dalam landskap korporat,” katanya sambil menambah ganjaran itu adalah lebih rendah berbanding pasaran maju seperti Hong Kong dan Singapura. 



Usah merungut kenaikan kos sara hidup, kata menteri...

Hassan berkata beliau 'menghormati pandangan' Dr Mahathir mengkritik Putrajaya dalam menangani kenaikan kos sara hidup. -
Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.
Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.
"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian.
"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.
Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup rakyat.
"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai.
"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.
Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.
"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelang 2018.
Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan kadar caj elektrik,  peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang api.
Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa. - 27 Disember, 2013.