Isnin, 28 Oktober 2013

Pembunuh Kejam AmBank Beruniform Syarikat 'Kawalan Prima' Lengkap Bersenjata



Suspek pembunuhan kejam lengkap bersenjata dan memakai uniform yang tertera nama syarikat yaitu 'Kawalan Prima', dengan itu pastikan syarikat 'Kawalan Prima' dibungkus berkuatkuasa serta merta sebagai pengajaran kepada syarikat lain, hukuman yang setimpal kepada pemilik syarikat juga perlu ditimbang.

Kalau syarikat ini syarikat bumiputra, harus diingat! yang jadi mangsa dan yang menderita juga adalah bumiputra, nyawa insan jauh lebih berharga dari syarikat cacar marba seperti itu, pembunuh yang celaka ni pun pastikan sebelum mampus dihempas sedasyat-dasyatnya.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, InsyaAllah keluarga arwah akan mendapat keadilan moga tabah menghadapi ujian. Anda Mampu Mengubahnya.





Rabu, 23 Oktober 2013

Brunei Laksana Hukum Hudud


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara Brunei, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di Bandar Seri Begawan pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
“Dengan rahmat Allah, mudah-mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
“Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam,” katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Borneo Native Liberation (BONALI) saman Kerajaan Malaysia?


KOTA KINABALU: 9 Julai 2013 Proteam - Borneo Native Liberation ( BONALI ) menghantar saman terhadap kerajaan Malaysia melalui mahkamah tinggi Borneo Sabah dan sarawak -Tan Sri Datuk Panglima Richard Malanjun di hadapan saksi Encik Azhahari Kamal Bin Ramli di Mahkamah Kota Kinabalu jam 9:o6 pagi.Kes diambil oleh peguambela,peguamcara dan penasihat peguam pendakwa Mr Marcel Jude Joseph.

Saman dibuat ANTARA:

1: Encik James Bin Ait- Presiden Soscity Of Tambanuo ( SOSTAM ) di lantik Presden Gabungan ( B0NALI )

2: Encik Maslan Bin Maginda- Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Asal Malaysia Timur ( POAMAT ) di lantik Setiausaha Gabungan ( BONALI )

3: Datuk Patrick Sindu – Presiden Consultancy & Service,aktivis dan penasihat ( BONALI ).

4: Encik Mandek Bin Yadam – Bendahari ( SOSTAM ) dan Bendahari Gabungan ( BONALI ).

5: Encik Liverius Suping – AJK ( BONALI )

6: Encik Tuboh@Sahanip Bin Rangkap – AJK ( BONALI )

7: Encik Pengiran Bin Ukab – AJK ( BONALI )

DENGAN: Kerajaan Malaysia,Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.

AGENDA SAMAN.

MENGKAJI SEMULA PERJANJIAN MALAYSIA.

Nota: Matlamat pendakwaan "supaya sabah dan sarawak boleh memerintah sendiri seperti Brunei dan Singapura".

Harapan Sabah dan Sarawak kini di tangan 7 WIRA BORNEO.Rakyat sabah dan sarawak harus menerima penghormatan sebagai pemilik kekayaan di tempat sendiri.


*copy paste 1 Suara Sabah

Selasa, 8 Oktober 2013

"Dimelayukan": Mufti Sabah diheret ke mahkamah adat


Pemimpin Kadazan, melalui Persatuan Kadazan Sabah (KSS) memfailkan saman malu terhadap Mufti Bungsu Aziz Jafaar atas kerana didakwa menyifatkan kaum itu sebagai "bangsa yang dicipta".

Saman malu itu difailkan oleh Timbalan Presiden KSS Sylvester Disimondi mahkamah daerah Penampang semalam selepas kenyataan Bungsu itu menimbulkan kemarahan mereka, lapor The Star.

"Perasaan dan maruah kami terguris dan tidak boleh diubati jika tidak diselesaikan di mahkamah adat.

"Mufti Bungsu oleh itu diperlukan menganjurkan perdamaian kepada masyarakat Kadazan selaras dengan undang-undang adat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita.

Bungsu diwajibkan hadir di mahkamah adat itu dalam tempoh 21 hari selepas saman difailkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Bungsu, berketurunan Brunei-Suluk, belum dilapor memberikan sebarang penjelasan berhubung kenyataannya itu.

Bungsu pada 28 Oktober lepas dilapor berkata, untuk penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu 'dimelayukan' sebagai satu rumpun Melayu, seperti di semenanjung.

Abim: Jangan emosianal
Sementara itu, di sebalik kritikan terhadapnya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah hari ini tampil menyeru cadangan Bungsu ditangani dengan matang dan tidak emosional.

Dalam kenyataan bersamanya dengan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Sabah, NGO itu bimbang melihat fenomena kritikan dikeluarkan semata-mata bersandarkan sumber kedua dan ketiga.

"Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta mauduk pandangan ini diutarakan," kata Yang Dipertua Abim Sabah Dr Abdullah Bade dan Pengerusi WADAH Sabah Abdul Manap Mahmud.

Malah, menurut mereka, pandangan Bungsu itu bersifat peribadi dan tidak menjadi fatwa yang wajib dilaksanakan.

Menyentuh isu itu, mereka bagaimanapun berpandangan, kurang wajar memaksakan pemakaian Melayu kepada suku-suku di Sabah yang mempunyai kebudayaan tersendiri sejak turun temurun.




SUMBER

Isnin, 7 Oktober 2013

Kemelut LDP: Fraksi Mana Yang Sah?

Oleh: Musram Rakunman

WALAUPUN dua fraksi kepimpinan LDP, masing-masing mengaku sebagai barisan kepimpinan parti itu; namun fraksi manakah merupakan barisan kepimpinan yang sah menurut ROS?

Lagipun kedua-dua frakasi akan mengadakan kongress pada 20 Oktober. Pada kebiasaannya, setiap kongress parti kompnen BN, Pengerusi BN atau Timbalannya akan datang merasmikannya.

Pada Tahun 2011, Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin merasmikan mesyuarat tahunan parti itu di Sandakan, manakala pada tahun 2012, Perdana Menteri sendiri merasmikannya juga di Sandakan.

Fraksi mana kah yang bakal dihadiri oleh Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri? Fraksi Liew akan mengadakan kongress di Sandakan, manakala fraksi Teo dan Chin akan mengadakannya di Kota Kinabalu.

Mesyuarat Luar Biasa Fraksi Teo dan Chin berlangsung di Kota Kinabalu pada Ahad. Pada mesyuarat itu, satu undi tidak percaya perwakilan, kononnya mewakili lebih 60 peratus perwakilan parti daripada 26 bahagian kepada Liew telah diluluskan.

Pada mesyuarat hari ini, pemecatan Datuk Teo Chee Kang yang juga menteri Tugas-Tugas Khas pada Kabinet Sabah telah dibatalkan, termasuk penggantungan Datuk Chin Su Phin pada 31 ogos juga telah dibatalkan.

Namun, persoalannya, apa kah mesyuarat luar biasa parti itu hari ini yang dijalankan oleh fraksi Teo dan Chin mengikut perlembagaan parti itu? ROS dengan jelas melalui Klausa 18 (C) sebarang keputusan Parti adalah muktamad, dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Juga, pelembagaan LDP Article IV Section 15 (ix) dan Article VI Section 20 (C ); Teo dan Chin tidak lagi mempunyai kapasiti bercakap atau mengaku sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, kerana mereka telah dipecat sebelum ini. Dalam pelembagaan parti itu, ada menyatakan bahawa Presiden parti itu mempunyai kuasa memecat/melucut sebarang ahli; dan bagi ahli yang mempunyai jawatan atas sebab dipilih dalam satu-satu pemilihan, Presiden juga mempunyai kuasa memecat/melucut/menggantung; asalkan jumlah anggota yang dilakukan tindakan perlu dilantik penggantinya dari kalangan ahli parti dengan jumlah yang sama ramai.

Jika berasaskan Pelembagaan Parti itu, tindakan Liew sebenarnya sesuai dengan pelembagaan parti itu. Hanya saja pada masa ini Fraksi Teo dan Chin memainkan sentimen umum, seolah-olah mereka mempunyai locus standi.

AYT beberapa kali membaca/menganalisa pelembagaan parti itu, dan dapat disimpulkan bahawa mana-mana pengamal undang-undangpun, jika membacanya, pasti membuat kesimpulan bahawa fraksi Liew melakukan tindakan yang betul.

Ahad, 6 Oktober 2013

KEBENARAN warnai politik Sabah

Oleh : Syed Kamal

LULUS...Bentan duduk dua dari kanan bersama AJK Penaja Parti KEBENARAN menunjukkan Silil kelulusan dari ROS.
KOTA KINABALU: Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN) yang diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hala tujunya selepas bermesyuarat pada hujung bulan ini.
Presiden Protemnya Dato Bentan Alamin berkata semua ahli jawatankuasa (AJK) protem akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan hala tuju KEBENARAN selanjutnya “Hala tuju dan agenda perjuangan parti akan ditentukan selepas mesyuarat yang bakal diadakan pada nanti,” katanya.
Menurut Bentan, pada mesyuarat itu nanti KEBENARAN juga akan memilih timbalan presiden serta ahli-ahli Majlis Tertinggi di peringkat negeri, bahagian dan cawangan. Pada mesyuarat itu, kita juga akan menentukan agenda perjuangan parti pada masa depan, termasuk memilih semua pemimpin yang berkebolehan daripada semua kaum.
“Sebagai contoh timbalan presiden untuk Bumiputera Islam dan bukan islam untuk Bumiputera yang lain,” jelasnya.Sambil memberitahu bahawa agenda utama parti adalah memperjuang kepentingan rakyat dan ekonomi Bumiputera, Bentan berkata KEBENARAN terbuka kepada semua pihak yang sanggup berjuang membela bangsa, agama dan negara.

Ditanya mengenai perasaan selepas ROS meluluskan pendaftaran KEBENARAN, beliau bersama ahli-ahli protem yang lain amat gembira dengan kelulusan tersebut. “Perasaan kami semua AJK protem memang terlalu gembira apabila permohonan kami diluluskan selepas menunggu lebih kurang enam tahun enam bulan, selepas menerima pelbagai rintangan sebelum diluluskan oleh ROS,” ujar Bentan.
KEBENARAN merupakan salah satu daripada sebelas parti politik baharu dari Sabah yang diluluskan pendaftarannya oleh ROS ogos lalu. Sebelas parti lain ialah Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) baru, Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Parti Bersatu Bugis Sabah, Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS),Parti PembangunanWarisan Sabah/Sabah Heritage Devoplement Party,Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU) dan Parti Damai Sabah (SPP).

SUTERABAYU

Sabtu, 5 Oktober 2013

Orang muda lebih percaya media sosial


KUANTAN - Golongan muda negara ini dilihat lebih cenderung mempercayai media sosial sebagai sumber berita sekalipun sebahagian besar laporan atau maklumat yang disebarkan itu tidak benar.
   
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin berkata malah golongan berusia 30 tahun ke bawah itu kini menjadikan media sosial sebagai akses maklumat utama mereka.
    
"Sekarang ini media perdana tidak lagi diiktiraf sebagai saluran perdana oleh golongan muda, media perdana hanya menjadi saluran maklumat utama kepada golongan orang-orang lama sahaja," katanya ketika berucap merasmikan Program Semarak Patriotisme 1Malaysia di sini, hari ini.
   
Menurut beliau, golongan itu juga dilihat tidak lagi berminat menonton atau mendapat maklumat menerusi media arus perdana seperti televisyen atau akhbar-akhbar utama.
   

"Mereka gunakan media sosial seperti blog di Internet untuk berinteraksi sesama mereka, membuatkan mereka lebih mempercayai saluran sosial berkenaan walaupun berita-berita di dalam itu sebahagian besar adalah tidak benar tetapi mereka menganggapnya benar," katanya.

Beliau berkata trend itu perlu ditangani dengan sebaiknya supaya tidak semakin parah sehingga akhirnya boleh menjejaskan perpaduan dan intergrasi nasional.
   
"Sebagai contoh apabila kita merayakan sambutan 50 tahun Hari Malaysia dan 56 Tahun Hari Kemerdekaan, kita minta semua kibar Jalur Gemilang untuk memeriahkan dan menyemarakkan lagi patriotisme.
   
"Sebaliknya, terdapat golongan muda yang mengibarkan bendera lain, begitu juga lagu Negaraku yang telah kita dendangkan selama ini tetapi  ada suara-suara yang menentang lagu tersebut," katanya.
   
Selain itu, beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh jabatannya terdapat golongan yang lantang bersuara memberi pandangan bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan negara, dan mempengaruhi orang muda dengan idealisme mereka.



SUMBER

PRIBUMI’S sambut baik Media cetak Sabah buka biro di Semenanjung


KETUA PENERANGAN Syed Kamalrul
KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) Syed Kamalrul Sufian menyambut baik saranan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyarankan agar setiap agensi media cetak atau akhbar tempatan yang berpangkalan di Sabah menubuhkan biro masing-masing di Semenanjung.

Beliau berkata, transformasi media itu penting bagi memastikan isu berkaitan negeri ini mempunyai sudut yang eksklusif di peringkat nasional, sekali gus memenuhi aspirasi gagasan 1Malaysia.

PRIBUMI'S menyokong penuh cadangan Rahman meletakan wakil wakil biro media tempatan di Semenanjung bagi mengupas pelbagai isu yang didebatkan dengan Kementerian pusat terutama menyentuh kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Selama ini kita hanya bergantung kepada sumber berita dari Bernama dan sumber ketiga berkaitan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan untuk di sebarkan maklumat mengenai pelbagai dasar dan program pembangunan kerajaan untuk manfaat rakyat negeri ini.

"Saya fikir sudah tiba masanya akhbar tempatan mewujudkan biro di Semenanjung supaya isu-isu yang berkaitan dapat diulas mengikut perpekstif Negeri Sabah dan seterusnya dimuatkan dalam surat khabar dari Sabah’’. katanya.



suterabayu

Khamis, 3 Oktober 2013

Mediator Komuniti pelihara keharmonian masyarakat


BARISAN Mediator Komuniti Negeri Sabah
KOTA KINABALU: Majlis Pentauliahan Mediator Komuniti Negeri Sabah 2013 yang diadakan di ibu negeri baru-baru ini berlangsung dengan jayanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup ketika merasmikan majlis itu, menyifatkan Mediator Komuniti diwujudkan untuk memelihara keharmonian masyarakat melalui mediasi antara pihak yang bertelagah.
"Ia juga menjadi pengantara bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat," katanya.
Seorang mediator menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat, katanya.

BARISAN Mediator Komuniti Sabah dan Kebangsaan bergambar dengan Kurup
Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot., malah bertambah positif.

SUMBER

Rabu, 2 Oktober 2013

Exco Pemuda UMNO Malaysia sokong kenyataan MB Kedah beri keutamaan kepada pengundi BN



Kenyataan Media 
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang menetapkan pendirian bahawa pihak Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan untuk membantu rakyat yang mengundi BN, berbanding mereka yang jelas tidak menyokong.

Tindakan ini sewajarnya dijadikan contoh oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri BN, yang saya yakin turut menerima nasib yang serupa, iaitu dikhianati oleh penyokong DAP, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memenuhi semua permintaan mereka sepanjang lima tahun lepas. 

Selama hari ini, penyokong-penyokong DAP ini tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan oleh para pemimpin BN dan rata-rata mereka juga tidak berfikir panjang bahawa tindakan menolak BN ini akan akhirnya 'memudaratkan' diri mereka kembali. 

Dan, sekiranya BN masih lagi meneruskan dasar menunaikan segala apa yang dipinta dalam keadaan sedar bahawa ia akan dibalas dengan pengkhianatan, maka percayalah bahawa peluang untuk menarik balik sokongan penyokong-penyokong DAP ini tidak akan diperolehi sampai bila-bila.

Hari ini pemimpin Melayu khususnya UMNO, harus sedar bahawa masa utk memujuk sudah pun berakhir. Hari ini tibalah masanya kita perlu sedarkan mereka yang telah mengkhianati kita, apa yang mereka akan "hilang" sekiranya mereka terus mengkhianati kita. 

Sikap mereka yang jelas menunjukkan ketidak sediaan untuk hidup bersama kita sambil berkongsi kek kekayaan ekonomi negara amatlah dikesali. Saya percaya umum sudah maklum bahawa tindakan majoriti daripada penyokong DAP ini yang menolak BN pada PRU yang lalu adalah kerana mereka sudah tidak mahu lagi menerima sebuah Kerajaan yang ditunjangi dan ditentukan hala tujunya oleh orang Melayu. 

Sungguhpun Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Pembangkang berbangsa Melayu, namun beliaulah satu-satunya manusia yang berani menaruhkan nasib anak bangsanya sendiri dengan menjual harapan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta menghapuskan hak istimewa org Melayu atas nama keadilan dan kesamaraataan. 

Sokongan luarbiasa yang Anwar terima dari penyokong-penyokong DAP ini sebenarnya kerana mereka sudah bosan berkongsi kek kekayaan ekonomi negara bersama dengan kita. 

Kek Ekonomi Sektor swasta sudah lama mereka kuasai hampir sepenuhnya, menjadikan apa yang tinggal untuk dibahagi-bahagikan kepada Bumiputera hanyalah di sektor awam. Itupun hanya sebahagian kecil kerana adanya DEB, yang wujud demi untuk merapatkan jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Kerana DEB jugalah, ekuiti Bumiputera di Negara ini telah berjaya kita lipat gandakan dari 2.3% sebelum Tragedi 13 Mei 1969, kepada lebih 10 kali ganda kini. Sungguh pun matlamat kita untuk mencapai 30% pegangan ekuiti masih belum berjaya, namun jika tanpa DEB kita pasti ditakuk lama.

Namun begitu, pegangan ekuiti 30% yang disasarkan pun sebenarnya masih lagi satu jumlah yg tidak adil kerana ianya tidak sampai separuh daripada jumlah yang sepatutnya dituntut oleh 67.3% kaum Bumiputera di Malaysia.

Andainya dihapuskan juga DEB, maka apakah nasib terutamanya usahawan Bumiputera yang rata-ratanya bermodalkan kecil dan sederhana? Apa akan jadi sekiranya semua kontrak dan peluang perniagaan dianugerahkan berdasarkan kepada merit semata-mata? Mampukah orang Melayu dan India bersaing dgn kaum Cina yang merupakan pembekal bahan, tokey kuari, pasir, simen dan bahan mentah lain sejak sekian lama? Ini akan mengakibatkan kaum Cina sahaja yang akan menguasai semua peluang perniagaan dan percayalah, akibatnya nanti lebih buruk daripada apa yang berlaku ketika rusuhan kaum di Indonesia tahun 1998 dahulu.

 Kita pasti fenomena seumpama ini akan memberikan impak yang sangat negatif terhadap kestabilan politik dan keamanan negara.

Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dasar daripada YAB Menteri Besar Kedah dalam hal ini selain ingin menasihatkan YB Teresa Kok agar mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum boleh bercakap soal keadilan sosial dan keharmonian kaum. Pernahkah DAP memberikan keadilan kepada penyokong BNdi negeri-negeri yang mereka perintah.

30 SEPTEMBER 2013

LDP patut ambil tindakan terhadap Chin


Kenyataan terbuka Timbalan Presiden itu sangat perlu kerana beliau pernah mengatakan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Musa Aman


Oleh Shaimon S Jumadi
KOTA KINABALU: Seorang Ahli Jawatankuasa LDP Bahagian Sulaman, Wilson Lee berkata kenyataan Ketua LDP Bahagian tersebut , Jackson Chang yang mendesak Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Sui Phin menyatakan secara terbuka sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah mendapat berbagai reaksi daripada ahli dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO.
Kata Lee, kenyataan terbuka Timbalan Presiden itu sangat perlu, memandangkan beliau sebelum ini pernah mengatakan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri.
“Sepatutnya sudah lama parti LDP mengambil tindakan terhadap Chin, kerana sebagai parti komponen BN Sabah, di mana Musa adalah Pengerusinya, adalah tidak manis dan kurang sopan seorang pemimpin tertinggi LDP menolak kepimpinan tertinggi BN, “tegas Lee.
Seorang blogger di Kota Belud melalui blognya “Apa Yang Tersirat” berpendapat kenyataan Jackson itu sama dengan perasaan ahli-ahli Umno.
“Tetapi di atas sebab tidak mengamalkan campur tangan dalam urusan parti komponen, maka perkara itu tidak dihebohkan,” kata blogger itu.
Blogger itu bersetuju, agar LDP itu sendiri mengambil tindakan terhadap pemimpinnya, demi keharmonian dalam komponen BN itu sendiri.
“Sepatutnya dari awal-awal lagi parti itu mengambil iktibar berhubung kenyataan Chin itu, atas sebab kenyataan itu, LDP kehilangan seorang pemimpin dan pada masa yang sama kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan yang berkaitan seorang penyokong Barisan Nasional daripada Sandakan, Jack Sabli bersetuju dengan desakan Ketua LDP Bahagian Sulaman itu.
“Pada PRU-13 lalu katanya, ekoran kenyataan Chin itu, para penyokong Umno ragu-ragu terhadap calon BN yang diwakili LDP di Sandakan, “ dakwanya.
Malah katanya, beliau adalah salah seorang yang mengetuai sekumpulan ahli Umno yang memperotes kenyataan Chin itu semasa persidangan  parti itu pada tahun 2010 di Sandakan.
Kata Jack lagi sepatutnya kenyataan seperti itu tidak perlu keluar daripada seseorang yang berkedudukan Timbalan Presiden sesebuah parti komponen, tambah beliau.
“Sudah tiba masanya Chin menyatakan secara terbuka pendirian beliau terhadap Ketua Menteri,” tegasnya.
Seorang pemimpin UMNO Bahagian Kudat, Haji Harun mendesak ADUN Tanjong Kapur, Datuk Teo Chee Kang untuk melahirkan pendiriannya dalam perkara ini.
“Kita dapat lihat bahawa Teo Chee Kang adalah merupakan antara seorang lagi pemimpin LDP yang pernah bersama-sama Chin menegur kepimpinan Musa Aman,” dakwanya lagi.
“Saya ingin tahu sama ada beliau masih lagi berpegang dengan resolusi yang beliau pernah buat itu,”tambah Haji Harun.
Haji Harun menegaskan memandangkan krisis mahupun kemelut dalaman LDP yang semakin hari kian pansa maka Pengerusi BN Sabah harus turut campurtangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Pemimpin LDP, kata Haji Harun, yang terus bertelagah telah mencerminkan dan menimbulkan perkara-perkara yang tidak sihat khususnya di kalangan parti-parti komponen BN.
Seorang ahli LDP Sandakan, Jimmy Wong berpendapat kalau krisis dalaman seumpama ini tiada kesudahannya lebih baik LDP dan MCA dibubar kan saja dan kaum Cina di Sabah menyertai DAP.

SUMBER