Ahad, 6 Oktober 2013

KEBENARAN warnai politik Sabah

Oleh : Syed Kamal

LULUS...Bentan duduk dua dari kanan bersama AJK Penaja Parti KEBENARAN menunjukkan Silil kelulusan dari ROS.
KOTA KINABALU: Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN) yang diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hala tujunya selepas bermesyuarat pada hujung bulan ini.
Presiden Protemnya Dato Bentan Alamin berkata semua ahli jawatankuasa (AJK) protem akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan hala tuju KEBENARAN selanjutnya “Hala tuju dan agenda perjuangan parti akan ditentukan selepas mesyuarat yang bakal diadakan pada nanti,” katanya.
Menurut Bentan, pada mesyuarat itu nanti KEBENARAN juga akan memilih timbalan presiden serta ahli-ahli Majlis Tertinggi di peringkat negeri, bahagian dan cawangan. Pada mesyuarat itu, kita juga akan menentukan agenda perjuangan parti pada masa depan, termasuk memilih semua pemimpin yang berkebolehan daripada semua kaum.
“Sebagai contoh timbalan presiden untuk Bumiputera Islam dan bukan islam untuk Bumiputera yang lain,” jelasnya.Sambil memberitahu bahawa agenda utama parti adalah memperjuang kepentingan rakyat dan ekonomi Bumiputera, Bentan berkata KEBENARAN terbuka kepada semua pihak yang sanggup berjuang membela bangsa, agama dan negara.

Ditanya mengenai perasaan selepas ROS meluluskan pendaftaran KEBENARAN, beliau bersama ahli-ahli protem yang lain amat gembira dengan kelulusan tersebut. “Perasaan kami semua AJK protem memang terlalu gembira apabila permohonan kami diluluskan selepas menunggu lebih kurang enam tahun enam bulan, selepas menerima pelbagai rintangan sebelum diluluskan oleh ROS,” ujar Bentan.
KEBENARAN merupakan salah satu daripada sebelas parti politik baharu dari Sabah yang diluluskan pendaftarannya oleh ROS ogos lalu. Sebelas parti lain ialah Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) baru, Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Parti Bersatu Bugis Sabah, Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS),Parti PembangunanWarisan Sabah/Sabah Heritage Devoplement Party,Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU) dan Parti Damai Sabah (SPP).

SUTERABAYU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan