Ahad, 1 Disember 2013

Majlis Jalinan Ramah Mesra JPNIN Sabah bersama Mediator Komuniti Sabah

Delin Liet Ak Blaun ketika menyampaikan ucapan
Kota Kinabalu - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah  telah mengadakan satu Majlis Jalinan Ramah Mesra bersama Pengarah JPNIN Sabah bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk beramah mesra dan berkenalan bersama Pengarah JPNIN Sabah yang baru ditugaskan di negeri Sabah bersama Mediator Komuniti Sabah disamping memberi semangat dan galakan serta dorongan kepada para Mediator yang telah ditauliahkan supaya terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.

Pengarahnya,  Puan Delin Liet Ak Blaun berkata semua Mediator Komuniti itu adalah sukarelawan tanpa mendapat sebarang bayaran ke atas kerja-kerja mereka.

Katanya, selain menyelesaikan konflik yang wujud, Mediator juga berperanan untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri dan persekutuan  di peringkat akar umbi .



Turut hadir pada majlis tersebut, Penolong Pengarah Bahagaian Pengurusan Perpaduan, Ibupejabat JPNIN Putrajaya, En. Roslan Seman, Timbalan Pengarah JPNIN Sabah Puan Esther Dingkawan, Mediator, pegawai dan kakitangan jabatan serta AJK rukun tetangga.

Menyentuh perkembangan KRT, beliau turut menyarankan setiap KRT dapat menganjurkan seberapa banyak aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.

Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan