Khamis, 12 Disember 2013

Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah 2013

WARGA KRT PERLU TINGKATKAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

KOTA KINABALU:  Amalan dan penghayatan tentang prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan warga KRT boleh dijadikan ikutan dalam mengukuhkan perpaduan dan hubungan kaum di negara ini, kata Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa merasmikan Minggu Perpaduan 2013 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.


Katanya, selaku pemimpin di peringkat Kawasan Rukun Tetangga mereka seharusnya dapat menujukkan contoh dan sentiasa menjadi ''role model'' kepada masyarakat setempat.



Kurup berkata, jika prinsip ini diamalkan dengan baik oleh semua lapisan masyarakat dan dalam masa yang sama disulami dengan penghayatan Rukun Negara maka sudah tentu ia akan mendatangkan hasil yang terbaik kepada rakyat dan masyarakat.


Nilai-nilai kehidupan dan kepimpinan wajar dijadikan panduan kepada kehidupan kita seharian. Perkara yang baik harus diamalkan supaya nilai diri kita dan negara akan sentiasa meningkat.

Sebagai pemimpin sepatutnya kita menjadi pelaksana dan pengamal prinsip-prinsip Rukun Negara dan bukanya melanggar prinsip-prinsip itu, ujarnya.


Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan Anugerah Apresiasi Khas kepada 28 individu yang berkhidmat lebih dari 15 tahun dalam KRT, Anugerah KRT Teraktif Daerah, Anugerah Pertandingan Menghias KRT sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2013 dan Sijil Penghargaan kepada agensi yang banyak membantu jabatan dalam menjayakan program sepanjang 2013.


Mediator

Tiada ulasan:

Catat Ulasan