Rabu, 2 Oktober 2013

LDP patut ambil tindakan terhadap Chin


Kenyataan terbuka Timbalan Presiden itu sangat perlu kerana beliau pernah mengatakan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Musa Aman


Oleh Shaimon S Jumadi
KOTA KINABALU: Seorang Ahli Jawatankuasa LDP Bahagian Sulaman, Wilson Lee berkata kenyataan Ketua LDP Bahagian tersebut , Jackson Chang yang mendesak Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Sui Phin menyatakan secara terbuka sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah mendapat berbagai reaksi daripada ahli dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO.
Kata Lee, kenyataan terbuka Timbalan Presiden itu sangat perlu, memandangkan beliau sebelum ini pernah mengatakan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri.
“Sepatutnya sudah lama parti LDP mengambil tindakan terhadap Chin, kerana sebagai parti komponen BN Sabah, di mana Musa adalah Pengerusinya, adalah tidak manis dan kurang sopan seorang pemimpin tertinggi LDP menolak kepimpinan tertinggi BN, “tegas Lee.
Seorang blogger di Kota Belud melalui blognya “Apa Yang Tersirat” berpendapat kenyataan Jackson itu sama dengan perasaan ahli-ahli Umno.
“Tetapi di atas sebab tidak mengamalkan campur tangan dalam urusan parti komponen, maka perkara itu tidak dihebohkan,” kata blogger itu.
Blogger itu bersetuju, agar LDP itu sendiri mengambil tindakan terhadap pemimpinnya, demi keharmonian dalam komponen BN itu sendiri.
“Sepatutnya dari awal-awal lagi parti itu mengambil iktibar berhubung kenyataan Chin itu, atas sebab kenyataan itu, LDP kehilangan seorang pemimpin dan pada masa yang sama kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan yang berkaitan seorang penyokong Barisan Nasional daripada Sandakan, Jack Sabli bersetuju dengan desakan Ketua LDP Bahagian Sulaman itu.
“Pada PRU-13 lalu katanya, ekoran kenyataan Chin itu, para penyokong Umno ragu-ragu terhadap calon BN yang diwakili LDP di Sandakan, “ dakwanya.
Malah katanya, beliau adalah salah seorang yang mengetuai sekumpulan ahli Umno yang memperotes kenyataan Chin itu semasa persidangan  parti itu pada tahun 2010 di Sandakan.
Kata Jack lagi sepatutnya kenyataan seperti itu tidak perlu keluar daripada seseorang yang berkedudukan Timbalan Presiden sesebuah parti komponen, tambah beliau.
“Sudah tiba masanya Chin menyatakan secara terbuka pendirian beliau terhadap Ketua Menteri,” tegasnya.
Seorang pemimpin UMNO Bahagian Kudat, Haji Harun mendesak ADUN Tanjong Kapur, Datuk Teo Chee Kang untuk melahirkan pendiriannya dalam perkara ini.
“Kita dapat lihat bahawa Teo Chee Kang adalah merupakan antara seorang lagi pemimpin LDP yang pernah bersama-sama Chin menegur kepimpinan Musa Aman,” dakwanya lagi.
“Saya ingin tahu sama ada beliau masih lagi berpegang dengan resolusi yang beliau pernah buat itu,”tambah Haji Harun.
Haji Harun menegaskan memandangkan krisis mahupun kemelut dalaman LDP yang semakin hari kian pansa maka Pengerusi BN Sabah harus turut campurtangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Pemimpin LDP, kata Haji Harun, yang terus bertelagah telah mencerminkan dan menimbulkan perkara-perkara yang tidak sihat khususnya di kalangan parti-parti komponen BN.
Seorang ahli LDP Sandakan, Jimmy Wong berpendapat kalau krisis dalaman seumpama ini tiada kesudahannya lebih baik LDP dan MCA dibubar kan saja dan kaum Cina di Sabah menyertai DAP.

SUMBER

3 ulasan:

  1. Kenyataan chin juga memburukkan keaadaan..d dun tanjong kapor kudat..panas buat datuk teo...mujurlah orang umno setia kpada parti... kalau chin tdak d ambil tindakan oleh datuk vk liew...knapa pula datuk teo d ambil tndakan ? Walhal..kes chin seakan lebih besar dari datuk teo... teguran juga perlu buat datuk teo..belajar lah bersyukur dan menghargai sokongan orang umno..d dun tanjong kapor...tetapi malangnya... tdak ada satu pun wakil melayu..dalam kalangan pgawal khas..d bawah kepimpinannya..apa lagi menjawat jawatan tugas2 khs dlm kabinet sabah... ini lah d ceritakan org dlm sembang2 kdai kopi d kudat...

    BalasPadam
  2. betul ke dakwaan Tuan Haji Harun 2?

    BalasPadam
  3. betul ke dakwaan Tuan Haji Harun 2?

    BalasPadam