Khamis, 3 Oktober 2013

Mediator Komuniti pelihara keharmonian masyarakat


BARISAN Mediator Komuniti Negeri Sabah
KOTA KINABALU: Majlis Pentauliahan Mediator Komuniti Negeri Sabah 2013 yang diadakan di ibu negeri baru-baru ini berlangsung dengan jayanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup ketika merasmikan majlis itu, menyifatkan Mediator Komuniti diwujudkan untuk memelihara keharmonian masyarakat melalui mediasi antara pihak yang bertelagah.
"Ia juga menjadi pengantara bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat," katanya.
Seorang mediator menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat, katanya.

BARISAN Mediator Komuniti Sabah dan Kebangsaan bergambar dengan Kurup
Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot., malah bertambah positif.

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan