Khamis, 9 Januari 2014

Mediator Komuniti MK penyelesai masalah dan konflik komuniti setempat

21/9/2013


KOTA KINABALU:  Penubuhan pasukan Mediator Komuniti MK merupakan satu usaha JPNIN untuk memelihara keharmonian negara. MK memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah atau konflik antara pihak yang bertelagah, memulihkan hubungan antara mereka serta membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak-pihak berkenaan. MK dapat mengisi dan memainkan peranan ini yang dikenal pasti sangat diperlukan oleh masyarakat kini.


Ikrar Mediator Komuniti MK

Berucap dalam majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, mediasi amat sesuai digunakan sebagai intervensi jika berlaku insiden yang tidak diingini dalam masyarakat seperti pertelingkahan dan perselisihan faham.

Dalam sidang medianya, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Perpaduan amat mengalu-alukan usaha murni ini dan berharap MK dapat bergerak secara aktif  dan menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan efisien, teratur dan berkesan.


Siap sedia berkhidmat untuk masyarakat
Dalam majlis itu, seramai 38-orang terdiri Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga, Ahli Persatuan dan Pegawai-pegawai JPNIN, menerima Watikah Pelantikan MK bagi Zon Sabah dan Labuan yang telah menamatkan latihan 20 Langkah Mediasi sepanjang tahun 2012.


SUTERABAYU




Tiada ulasan:

Catat Ulasan