Khamis, 9 Januari 2014

Felixia Yeap Ikhlas Berhijab Bukan Untuk Raih Publisiti


Kalau dulu tak semua orang mengenalinya, tetapi kini dia seolah-olah mencetus kontroversi positif. Daripada model seksi yang beraksi dengan penuh ghairah untuk majalah “Playbox” Felixia Yeap mengejut semua pihak apabila kini dia lebih kerap tampil di media sosial dalam keadaan bertudung dan menutup aurat seperti seorang muslimah beragama Islam.
Namanya menjadi sebutan akibat dari perubahan mendadak itu biarpuan masih lagi belum memeluk Islam sepenuhnya. Malah Fexilia mengakui sedang belajar memahami agama Islam termasuk belajar cara untuk solat. Perubahan itu ternyata menjadi kontroversi yang hangat di media sosial terutamanya di Facebook, Blog, Instagram dan lain-lain.
“Memang ramai yang mengatakan bahawa ini semua cara saya meraih publisiti. Tetapi biarlah Tuhan dan masa yang membuktikan bahawa saya ikhlas untuk berhijab.
“Semua publisiti yang timbul sama ada baik atau buruk hanyalah bonus yang tidak pernah saya duga sama sekali dan berharap mereka tidak memandang serong terhadap perubahan ini.
“Malah ramai yang menghantar mesej dan e-mel kepada saya berterima kasih kerana berani untuk berubah dan berhijab secara terbuka walaupun saya bukan Muslim.
“Mereka kata perubahan saya memberi inspirasi untuk mereka mulai berhijab, terutamanya yang lahirnya sudah Islam,” kata Felixia yang aktif di facebook dan blog.
Namun begitu, Felixia mengakui pada awal perubahan imej muslimah itu, pengikutnya di Facebook jatuh merudum kerana ramai yang dahulunya mengikui perkembangan Fexilia hanya untuk melihat gambar seksinya semata-mata namun lama kelamaan pengikut yang menyokong perubahannya semakin meningkat dan menasihatinya untuk teruskan penghijrahan itu.
“Saya amat tersentuh dan gembira sokongan tersebut. Mereka juga telah menyedarkan saya bahawa bahawa setiap wanita berhak dihormati dan disayangi sebagai seorang insan, bukan kerana tubuh badan atau rupa parasnya,” ujar Felixia.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan